KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang
perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu
mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya
tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata
sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah. "Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada
Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya
berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."
Untuk membuat
sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak
kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping
itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke
dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa
hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan
duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika
itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit
dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah
terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya
kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah
Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu
kerja.
ANJING-ANJING NERAKA
Sabda Rasulullah
S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu
itu ada kekurangan :
キ Jagalah
lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
キ Bacalah
Al-Qur'an
キ tanggunglah
dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
キ Jangan
engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
キ Jangan
engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
キ Jangan
engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
キ Jangan
engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu
yang tidak baik.
キ Jangan
engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
キ Jangan
engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
キ Jangan
engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di
akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari
satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam
neraka yang akan merobek-robek daging
orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek
serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan
terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang
dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah
S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah
dimudahkan serta diringankan
oleh Allah S.W.T."
Langganan:
Postingan (Atom)
0 komentar: