KISAH LIMA PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur.
Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan
Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah
seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang
berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi
menghala kebarat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat
(hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat;
jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan
harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang
pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi
itu kebingungan sambil berkata,
"Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh
aneh sesuatu yang mustahil yang tidak
dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke
bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.
Ketika diamenghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri
sehingga menjadi sebesar buku roti.
Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila
ditelan terasa sungguh manis bagaikan
madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu
meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.
Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas
Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu
ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba
mangkuk emas itu terkeluar semula.
Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali
berturut-turut.
Maka berkatalah
Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu
terkeluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak
seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu
berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun
mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu
pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku
mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu
teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh
putuskan
harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.
Akhirnya dia membuat keputusan
untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan
diberikan kepada helang itu.
Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil
tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.
Tidak lama
kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang
menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi
kerumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata,
"Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam
mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku arti semuanya ini."
Dalam mimpi
beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
"Yang pertama engkau
makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi
pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih
manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia
tetap akan nampak jua.
Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu
khianat kepadanya.
Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya
demi membantu kepadanya
meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima; bau yang busuk itu ialah
ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat
ghibah."
Saudara-saudaraku,
kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita,
sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam
kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata
hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat
bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan
di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah
dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak
pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata
Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang
dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata
itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh
kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
0 komentar: