KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH
Ada seorang
perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu
mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya
tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata
sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah. "Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada
Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya
berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."
Untuk membuat
sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak
kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping
itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan
senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke
dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa
hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan
duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika
itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit
dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah
terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya
kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah
Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu
kerja.
0 komentar: